GOMBAK – Ketu Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi mengesa seluruh pemuda Pakatan Rakyat untuk turun pada demonstrasi MANSUH ISA yang bakal berlansung pada 1 Ogos ini.
Beliau yang ditemui di Pejabat Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) menegaskan bahawa DPPG akan mengerah seluruh tenaga pemuda PAS di kawasan Gombak ke demonstrasi aman tersebut.
“Pemuda PAS Gombak akan menggerakkan tenaga pemuda-pemuda PAS pada malam hari sebelum demonstrasi tersebut dengan mengadakan program qiyamullail untuk mendapatkan kekuatan daripada Allah untuk berdemonstrasi pada keesokan harinya”, tegas beliau yang ditemui krew PemudaGombak.com.
Program qiyamullail tersebut akan diadakan di Markaz Tarbiyah Taman Melewar dijadualkan diadakan pada hari jumaat 31 Julai ini bermula jam 11.00 malam.
Program anjuran Lajnah Tarbiyah DPPG ini akan diisi dengan tazkirah dan munajat untuk melancarkan perjalanan demonstrasi keesokan harinya.
Semua peserta-peserta demonstrasi MANSUH dijemput untuk ke program ini sebagai persediaan bagi demonstrasi keesokan harinya itu.
Ustaz Syarhan turut menggesa kepada semua peserta demonstrasi agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur agar tidak terpedaya dengan provokasi pihak-pihak tertentu yang akan menggagalkan demonstrasi tersebut.
Demonstrasi ini dijangkakan akan mengulangi kejayaan beberapa demonstrasi yang lalu seperti demostrasi BERSIH, Anti-PPSMI, PROTES Petrol dan sebagainya.
Demostrasi ini diadakan bagi menggesa Kerajaan Malaysia memansuhkan akta yang tidak berperikemanusiaan ini yang menjadi perkakas rejim Umno-BN untuk terus berkuasa dan bermaharajalela.
Pada demonstrasi itu nanti, pemuda PAS Gombak akan mengedarkan rusalah khas Buletin PemudaGombak.com, edisi khas MANSUH ISA.
Risalah tersebut boleh di”download” melalui link di bawah (klik kanan dan “save as”)
Buletin PemudaGombak.com (hitam putih)
Buletin PemudaGombak.com (warna)
Rabu, 29 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan