Rabu, 5 Ogos 2009

Kempen 'Jom Sertai PAS' :Seru ahli Umno sertai perjuangan

"Kempen Jom Sertai PAS merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS."

Dalam keadaan Umno yang terumbang- ambing sekarang ini, inilah masanya ahli daripada parti tersebut meninggalkan Umno yang kita tahu penuh dengan korupsi," katanya yang menaruh keyakinan kempen tersebut berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya.

Dalam pada itu, Mujahid memberitahu bahawa Kelab Penyokong PAS tekad dan berpadu tenaga bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Katanya Kelab Penyokong PAS telah membuka Pusat Kelab Penyokong PAS di bandar Kuala Terengganu sebagai pusat jentera pilihan raya kelab tersebut.

Katanya, dengan kerjasama skuad Kelab Penyokong PAS Dun Kota Lama di bawah kelolaan Dato' Anwar Tan, pusat khidmat tersebut diadakan khusus bagi menghadapi pilihan raya Kuala Terengganu itu.

"Ia bukan sahaja sekadar satu pusat khidmat. Tetapi kita juga telah menjemput Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara untuk sama-sama turun ke Kuala Terengganu.

Sepanjang kempen tersebut kita menganggarkan dalam satu hari sekurang-kurangnya terdapat 10 hingga 20 orang petugas daripada ahli kelab.

"Dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu juga kita adakan pejabat kelab di situ termasuklah kemudahan untuk penempatan,"katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua ahli kelab di seluruh negara melakukan perbincangan dengan Lajnah Perpaduan Nasional di setiap negeri serta memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut.

Rabu, 29 Julai 2009

Pemuda Digesa Turun Demonstrasi MANSUH

GOMBAK – Ketu Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi mengesa seluruh pemuda Pakatan Rakyat untuk turun pada demonstrasi MANSUH ISA yang bakal berlansung pada 1 Ogos ini.

Beliau yang ditemui di Pejabat Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) menegaskan bahawa DPPG akan mengerah seluruh tenaga pemuda PAS di kawasan Gombak ke demonstrasi aman tersebut.

“Pemuda PAS Gombak akan menggerakkan tenaga pemuda-pemuda PAS pada malam hari sebelum demonstrasi tersebut dengan mengadakan program qiyamullail untuk mendapatkan kekuatan daripada Allah untuk berdemonstrasi pada keesokan harinya”, tegas beliau yang ditemui krew PemudaGombak.com.

Program qiyamullail tersebut akan diadakan di Markaz Tarbiyah Taman Melewar dijadualkan diadakan pada hari jumaat 31 Julai ini bermula jam 11.00 malam.

Program anjuran Lajnah Tarbiyah DPPG ini akan diisi dengan tazkirah dan munajat untuk melancarkan perjalanan demonstrasi keesokan harinya.

Semua peserta-peserta demonstrasi MANSUH dijemput untuk ke program ini sebagai persediaan bagi demonstrasi keesokan harinya itu.

Ustaz Syarhan turut menggesa kepada semua peserta demonstrasi agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur agar tidak terpedaya dengan provokasi pihak-pihak tertentu yang akan menggagalkan demonstrasi tersebut.

Demonstrasi ini dijangkakan akan mengulangi kejayaan beberapa demonstrasi yang lalu seperti demostrasi BERSIH, Anti-PPSMI, PROTES Petrol dan sebagainya.

Demostrasi ini diadakan bagi menggesa Kerajaan Malaysia memansuhkan akta yang tidak berperikemanusiaan ini yang menjadi perkakas rejim Umno-BN untuk terus berkuasa dan bermaharajalela.

Pada demonstrasi itu nanti, pemuda PAS Gombak akan mengedarkan rusalah khas Buletin PemudaGombak.com, edisi khas MANSUH ISA.

Risalah tersebut boleh di”download” melalui link di bawah (klik kanan dan “save as”)
Buletin PemudaGombak.com (hitam putih)
Buletin PemudaGombak.com (warna)

Ahad, 19 Julai 2009

Majlis Hi Tea Muslimat PAS Gombak anjuran Lajnah Perpaduan Nasional DMPG

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Gombak Sdr Muslim Ismail
menyempaikan syarahan.
Majlis Hi Tea Muslimat PAS Gombak yang dianjurkan oleh Lajnah Nasional Dewan Muslimat Pas Gombak bersama Watina yang turut hadir ialah YB Hj Saari Sungib (ADUN) Hulu Kelang
di dewan JKKK Kuala Ampang.


Berjamu serela bersama YB Saari Sungib dan Sdr Muslim Ismail.

Memeriah lagi Majlis tersebut dengan berjamu selera bersama orang ramai selepas menyampaikan ucapan oleh YB Hj Saari Sungib.

Seorang petugas sedang mengedarkan risalah

Berbagai kaum menhadiri majlis tersebuat terdiri daripada Cina, India dan
Melayu. Majlis tersebut diadakan pada 3:00 petang mengakhiri pada jam 6:00 petang.

Jumaat, 17 Julai 2009

Mesyuarat Penuh kali Pertama LPN DPPP


Mesyuarat Penuh LPN DPPP kali pertama telah berjaya diadakan pada 17 Julai 2009 di Tingkat 2 Pejabat Agung PAS Pusat

Antara agenda yang diperbincangkan ialah struktur baru organisasi LPN DPPP, oranisasi LPN DPP Negeri, serta plan tindakan LPN DPPP dalam masa dua tahun ini (2009 - 2011)

Beberapa Pengerusi LPN DPP Negeri turut hadir terdiri daripada negeri Johor, Pahang, Melaka, Perak, Wilayah Persekutuan & Selangor.

Pengerusi LPN Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Khairul Faizi mempengerusikan mesyuarat ini.

Khamis, 16 Julai 2009

Kenapa ISA zalim?


Kenapa ISA zalim?
ISA zalim kerana:

*menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara.
*merampas hak kebebasan aktivis.
*mencabul hak asasi manusia seorang aktivis.
*menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka.
*menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis.
*memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan
sebarang kesalahan.
*melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah
terbuka.
*memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan.

Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas. Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas! Jangan sekali-kali keliru!

Bagaimana ISA menzalimi mangsa?
ISA menzalimi mangsa dengan berselindung di sebalik undang-undang. Ini dilakukan dengan:

*menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk
berhubung dengan peguam atau anggota keluarga.
*memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.

Apa jadi semasa tahanan 60 hari?
Aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara berikut:

*dibawa ke lokasi rahsia.
*dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan.
*terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!.
*disoal-siasat berjam-jam.
*dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan.
*dibogelkan.
*dipaksa melakonkan adegan seks.
*dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering!.
*diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai.
*dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan
lain-lain.
*diliwat dengan sejenis objek atau alat.
*diancam untuk diliwat oleh SB.
*dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!.

Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?

*dipenjara tanpa bicara.
*dituduh dengan tuduhan yang direka-reka.
*dipaksa hidup seperti orang salah.
*dipaksa patuh dengan peraturan penjara.
*dirampas hak untuk membela diri.
*dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi.
*dipaksa menjalani program pemulihan.
*didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu
mengulangi 'kesilapan' silam!.
*ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman.
*didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu
dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!.
*didesak untuk tidak menentang Umno-BN.
*dipujuk untuk menyokong Umno-BN.
*dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?

Ketahuilah bahawa aktivis tidak bebas daripada penahanan ISA kerana:

*bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
*berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
*patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
*patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji SB *yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan
mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan
agar dibebaskan
*tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman

Apa yang benar tentang pembebasan ISA?
Ketahuilah, insya-Allah aktivis akan bebas daripada penahanan ISA dengan:

meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia.
dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith.
meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan.
semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis.
pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis.
terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.

Apa yang mesti aktivis lakukan?
Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:

bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
hantar memorandum kepada Suhakam
keluarkan kenyataan akhbar
tulis dan terbitkan buku
tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
lancarkan mogok lapar
beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.
Apa yang mesti aktivis yakini?
Aktivis mestilah meyakini hakikat sebenar ISA. Ianya terdiri daripada tiga perkara utama, iaitu:
ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat!