
Jumaat, 2 Julai 2010
Ahad, 23 Mei 2010
Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS
PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
UCAPAN PRESIDEN PAS
PERASMIAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
UCAPAN PENGERUSI LUJNAH PERPADUAN NASIONAL PART1
PENERANGAN TENTANG DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
SIDANG MEDIA
.
Ahad, 4 April 2010
Penyerahan Borang Keahlian Kelab Penyokong Pas

Sdr Rafiq juga mewakili Pengerusi Kelab Penyokong PAS Gombak yang tidak dapat menghadiri dalam majlis tersebut diatas kematian keluarga.
YB Ahmad Izzat juga perasmi Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak Kali ke-15 itu, yang berlangsung di Dewan Seminar 1, Anjung Rahmat batu 6 Gombak.
Isnin, 15 Mac 2010
Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak dibentuk
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad, Mesyuarat Agung pertama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak telah diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan menghimpunkan wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS seluruh Perak.
“S. Surianarayanan telah dilantik mengetuai DHPP Perak , Richard Wong sebagai Timbalan Ketua, Nali Raja sebagai Setiausaha dan Siva Pandian sebagai Ketua Pemuda.
“Pembentukan jawatankuasa DHPP peringkat negeri ini akan disusuli pula dengan perlantikan jawatankuasa DHPP seluruh kawasan di Perak” katanya.
Hamdan berkata, perlembagaan induk PAS membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.
“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.
Menurutnya, penubuhan DHPPP adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.
Turut hadir dalam Meyuarat Agung kali DHPPP kali pertama ini ialah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Zainuddin Yusuf Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak , Muhammad Nuruddin Bashah Setiausaha Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak dan Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.
Zainuddin Yusuf yang juga ADUN Lubuk Merbau dalam satu kenyataan media bersyukur kerana Perak kini telah memiliki struktur organisasi DHPP yang lengkap
“Malah organisasi yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS telah sekian lama mengadakan aktiviti seluruh perak bersama rakyat serta membantu beberapa siri pilihanraya seluruh Malaysia” katanya.
Sabtu, 20 Februari 2010
UMNO Kg Desa Makmur Loncat Parti, Tanda Rakyat Menolak Pimpinan & Parti UMNO

GOMBAK – Loncat Parti sudah menjadi sinonim pada sebuah arganisasi dalam politik. Bagi sebuah organisasi yang tidak mempunyai Syarat -syarat dalam mengikuti parti politik akan mudah menimbul masalah dalam parti dan akhirnya akan keluar daripada parti. Ini yang akan memberi gambaran yang buruk kepada sebuah parti oraganisasi tersebut.
Selain daripada itu, ahli dalam parti tersebut akan mudah goyang dan berlaku berbagai-bagai perselisihan faham sehinggakan kadangkala tercetusnya berbagai perkara / berlaku tikam belakang pada kawan sendiri walaupun dalam 1 parti. Begitulah yang terjadi dalam arena parti politik pada masa kini.
Amat berbeza sama sekali parti dalam jemaah ISLAM seperti parti PAS yang mana semua ahli yang menjadi ahli PAS akan berbaiah kepada pimpinan selagi tidak melanggari syariat. Mengikhlaskan hati sepenuhnya dalam melakukan kerja-kerja ISLAM tanpa mengira masa dan apa yang dilakukan oleh ahli jemaah PAS adalah semata-mata kerana mencari keredhaan ALLAH swt untuk menegakkan Daulah ISLAMIAH sehingga tertegaknya kalimah ALLAH swt dimuka bumi ini dan membenteraskan kezaliman. Parti PAS mempunyai sahsiah yang tinggi bukan seperti parti-parti politik yang lain.
Al-Quran, Sunah, Hadis, Ijtima sentiasa menjadi pegangang dalam parti PAS. Ahli PAS akan mengikuti adab-ada berjemaah. Tarbiyah yang diserap dalam ahli jemaah PAS dengan kemantapan ILMU-ILMU oleh para alim ulama sehinggakan ahli jemaah PAS mempunyai sahsiah yang tinggi,berkahlak, menghormati antara satu sama lain di dalam jemaah sehinggakan ukhwah yang terputik dalam jemaah seperti saudara sendiri More...
Jumaat, 12 Februari 2010
Jumaat, 22 Januari 2010
Bukan Islam dijemput hadiri Muktamar PAS
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan baru itu bertujuan agar pemimpin bukan Islam mengetahui dengan jelas matlamat perjuangan PAS yang berasaskan ajaran Islam.


Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga akan menyediakan buku terjemahan daripada kitab tulisan ulama terkenal dunia Dr Yusoff Qardawi untuk penghayatan pemimpin bukan Islam.